FAZZ Enterprise
telah ditubuhkan oleh En. Haji Mahmudin bin Haji Abas di Selangor yang
bertempat di Kanchong Darat, Banting pada 24 Februari 1983 sebagai
kilang memproses makanan ringan. Syarikat ini merupakan syarikat Sendirian Berhad di mana perusahaan yang menggunakan nama perniagaan Kerepek House
ini adalah milik keluarga dan kini telah diambil alih oleh anak ke-2
beliau iaitu En. Mohd Fazzly b. Hj. Mahmudin. Beliau telah mengambil
alih pengurusan Kerepek House selama 10 tahun.
En. Mohd Fazzly b. Hj. Mahmudin
PENGUSAHA FAZZ ENTERPRISE
Kini, FAZZ Enterprise mempunyai
kilang pemprosesan bahan mentah, tempat pembungkusan, kebun-kebun bahan
mentah milik syarikat, ladang kelapa sawit dan tempat penjualan runcit
di Daerah Kanchong Darat, Banting, Selangor dan pusat pengedaran di
Pulau Pinang.