Monday 2 April 2012

Latar Belakang Fazz Enterprise

FAZZ Enterprise  telah ditubuhkan oleh En. Haji Mahmudin bin Haji Abas di Selangor yang bertempat di Kanchong Darat, Banting pada 24 Februari 1983 sebagai kilang memproses makanan ringan. Syarikat ini merupakan syarikat Sendirian Berhad di mana perusahaan yang menggunakan nama perniagaan Kerepek House  ini adalah milik keluarga dan kini telah diambil alih oleh anak ke-2 beliau iaitu En. Mohd Fazzly b. Hj. Mahmudin. Beliau telah mengambil alih pengurusan Kerepek House   selama 10 tahun.
 

En. Mohd Fazzly b. Hj. Mahmudin
PENGUSAHA FAZZ ENTERPRISE
 
 Kini, FAZZ Enterprise mempunyai kilang pemprosesan bahan mentah, tempat pembungkusan, kebun-kebun bahan mentah milik syarikat, ladang kelapa sawit dan tempat penjualan runcit di Daerah Kanchong Darat, Banting, Selangor dan pusat pengedaran di Pulau Pinang.
 

No comments:

Post a Comment