Monday 2 April 2012

Penerangan Produk / Perkhidmatan

PENERANGAN PRODUK

FAZZ Enterprise mengeluarkan produk yang berasaskan ubi kayu, pisang tanduk dan keledek sahaja. Setelah produk-produk telah mendapat sambutan dalam pasaran, barulah perniagaan ini diceburi dengan secara serius dengan memperbesarkan lagi kilang pemprosesan dan membuat penambahan pada jenis produk seperti sukun dan keladi.

Kerepek keluaran FAZZ Enterprise memenuhi citarasa setiap lapisan masyarakat. Hal ini kerana, kerepek yang dikeluarkan mempunyai pelbagai jenis perasa seperti pedas, BBQ, original, masin, blackpepper,kari dan sebagainya.

FAZZ Enterprise juga memasarkan produk  pengusaha tempatan serta pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang lain. Antara produk yang dipasarkan adalah seperti jeli kelapa, rempeyek  (kacang tanah,kacang dal,kacang hijau), dodol, kuih bangkit, bahulu dan sebagainya.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Perkhidmatan yang ditawarkan FAZZ Enterprise kepada pelanggan ialah seperti :

1) Pelanggan boleh membuat tempahan pelbagai jenis kerepek pada musim perayaan,
     perkahwinan dan majlis-majlis keraian, serta belian borong dan runcit.

2) FAZZ Enterprise juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada
     pelanggan yang ingin membuat sebarang tempahan melalui jarak jauh.

1 comment: